Friday, November 30, 2012

Sesatkah aku?

Aku harap JAIS tak tangkap aku sebab malam tadi aku bermimpi Yesus hidupkan semula Annisa. Serius!


Ini bukan foto Yesus ataupun Galileo

Balada orang takde telinga

Ada orang janji potong telinga jika DAP menang parlimen Bentong PRU akan datang

Wednesday, November 28, 2012

Bersedia

14 tahun bersama...

14 tahun melayar bahtera

 musim bunga, luruh, terang dan gelap bersama..
 gugur sebutir permata...
 14 tahun lalu janji dan cinta diikat...
untuk terus bersama hendaknya...pulang menjejak sebutir permata yang setia menanti...


selamat ulangtahun perkahwinan ke empat belas, Sham!
aku bukan terbaik namun aku cuba...

Monday, November 26, 2012

hoi hoi ya hoi


Lanun Malaysia

Di wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pirates_of_Malaysia

sudah ada buku dari Itali pada tahun 1896 bertajuk i Pirati della Malesia atau The Pirates of Malaysia atau Lanun Malaysia Tulisan Emilio Salgari.


Pelikkan? Hahahah
Sumber: Najwan Halimi

Sunday, November 25, 2012

kini sampai masa ke jalan!

Saya tetap tidak percaya kepada pilihanraya malah di sesetengah negara yang kononnya mendabik dada mengamalkan demokrasi, saya berpendapat bahawa pilihanraya yang dianjurkan hanya sekadar mengaburi mata rakyat agar dilihat adil dan menjustifikasikan bahawa pemerintah mendengar suara rakyat. Segalanya telah dirancang untuk menang.
Maka itu rakyat harus terus mendesak kerajaan. Kita mesti terus turun ke jalan menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus. Ini yang menakutkan kerajaan lalu mencipta cerita-cerita bohong untuk menggambarkan kekalutan sedang berlaku.
Kita mesti terus desak. Turun ke jalan!

Thursday, November 22, 2012

saya sayang PM

bilalah kita nak dapat PM cun macam ni...hak yang ada sekarang ni loya nengoknye...

getik teman!

Tuesday, November 20, 2012

khabar dari Gaza

Abed kawan kami memberitahu adiknya cedera terkena bedilan askar zionis. Kata Abed lagi abangnya sudah dua hari tidak dapat dikesan, abangnya sudah lama ingin syahid. 13 saudaranya sudah gugur. Sukar untuk gambarkan suasana di sini katanya...semoga Abed rakan Palestinku dilindungi kerana ada hati di Malaysia ini mengasihinya.

Amer juga kenalan kami selalu berhubung dengan Skype dan telefon. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Dia cintakan kedamaian. Dia benci perang. Dia tidak boleh masuk Malaysia kerana dia Yahudi dari Israel. Tapi dia benci perang dan dia bukan zionis...

Ramai juga kawan aku bertanya perlukah boikot McD sebab selalunya gagal, McD tetap ada. Lalu aku berikan jawaban yang sama ketika aku ditanya buat apa kau demo bantah itu ini sedangkan apa yang kau bantah itu masih terus megah. Tol tetap naik, petrol naik dan Utusan yang diboikot masih terus menang...
jawaban aku "tugas kita LAWAN! kalah menang bukan urusan!" seperti kata William Wallace "You don't have to beat them. Just fight them!"

Jika aku membeli McD dan kamu juga, bermakna aku dan kamu sedang memberi wang kepada zionis membunuh Abed dan keluarganya....siallah kita!

Aku baharu bersalaman sekali saja dengan Abed.
"See you again if still alive..." katanya kepada Sham...





Ayuh! Ke sini!


"See you again if still alive..." katanya kepada Sham...

cukong sial!!!!

Bukit berhampiran rumah mak ayah aku telah ditarah cukong untuk projek tanaman kelapa sawit. Botak nampak?



Akibatnya saliran terganggu dan apabila hujan lebat banjir akan berlaku. Rumah kami serta kejiranan akan dinaiki air gara-gara limpahan air anak sungai yang membuak dari longkang. Setakat hari ini hampir tujuh kali berlaku. Gambar di bawah ini adalah pindu hadapan rumah orang tua aku yang terpaksa dibina penghadang simen untuk mencegah limpahan air masuk. Kelihatan longkang sudah digenangi air.

Apabila ada penduduk bantah, cukong berselindung di sebalik nama Sultan Pahang. katanya ini projek Sultan.
MB Pahang ada juga turun melawat ketika banjir melanda baru-baru ini.

Sama ada benar atau tidak, tolong hentikan projek ini. Sama ada sultan ke atau setan ke terlibat tolong hentikan pukimak!!!
MB tak payah terhegeh-hegeh melawat...dengarlah suara rakyat yang itu semua adalah kawan-kawan kamu juga. Penyokong dan pengundi parti kamu.
Sial dan babilah kamu yang menyusahkan kedua orang tuaku yang sudah tidak berdaya bekerja berat lagi.

Sunday, November 18, 2012

mekdi dan zionis


pagi tadi mekdi bagi makan percuma. aku ke prima saujana dan mendapati berderet kereta nak makan free. 6 dari 10 kereta adalah melayu islam.
aku juga dapati ramai orang kita perlekehkan usaha boikot mekdi yang kata mereka boikot hipokrit.
aku boikot mekdi dan aku pedulik hapa dengan kejian bodoh kamu. kamu bebas cakap apa pun.

mekdi sumbang dana kepada zionis untuk terus tibai rakyat palestin.
rakyat palestin yang ditibai adalah orang islam dan kristian serta yahudi yang bukan berfahaman zionis. ada beza zionis dengan yahudi.
kita menentang sebarang bentuk kekejaman.
di Malaysia kita sepatutnya menekankan perjuangan ini adalah tentang kezaliman penaklukan haram, bukan setakat main sentimen perang agama.
sedangkan sentimen Islam pun tak dirasai muslim apatah lagi orang lain ye dak?
tapi ada juga yang tanya takkan mekdi je? boikot yang lainlah jugak?
fb yahudi juga...

hahaha!
yahudi dan zionis tak sama.....
dan.......kau buat apa?

ps: waktu mekdi ini nak dibina, aku ahli majlis zon tersebut, aku telah nyatakan bantahan di dalam meeting dan telah ajak persatuan penduduk bantah tapi takde sapa sokong. terkonteng-konteng aku sesorang..hahaha!

Friday, November 16, 2012

Thursday, November 15, 2012

ingatkah kau lagi?

kawan,
ingatkah kau lagi dulu kita mengayuh basikal mencari sungai
bukan kolam renang kelab yang perlu dibayar yuran keahlian
dan kita terjun lombong tinggal sampai merah mata
saat kita mengejar bola di padang yang percuma
ketika futsal belum buka gelanggang berbayar lagi
hujan lebat pun turun, kita selitkan daun di cuping telinga agar tidak demam
petua petui kita pegang kuat
hujan lebat adalah pesta mandi manda

kawan,
ingat lagi kabus tebal waktu pagi?
kita kejar kabus di tengah padang
ia seakan hilang dan kita nampak ia berkumpul di tempat permulaan tadi
kita kejar lagi

kawan,
ingat nikmat memangkah gasing
dan menghiris benang lelayang dengan benang kaca
ya! lelayang itu kita buat sendiri
cari buluh, raut, bina rangka. ikat,
taruk plastik, buat ekor
bukan download....
bukan bukan bukan...

itu dulu
sebelum ketum didapati bersalah

Wednesday, November 14, 2012

Kena ingat

Salam dan Hijrah

Dari tanah Arab selepas kewafatan Baginda SAW, Saad bin Abi Waqs mengetuai rombongan hijrah ke China menyebarkan Islam.
Turut bersama ialah seorang seniman/penyair Hassan bin Thabit.
Seni juga bergerak dan memainkan peranannya dalam tamadun manusia serta kebangkitan dari kegelapan.
Salam Maal Hijrah!


Sunday, November 11, 2012

Lagu baru Madonna

AES pasang pagi surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi buang sisa nuklear,
Sisa nuklear Lynas tanam tepi Gebeng,
Kak Ijat bela lembu bukannya bela kambing,
Cik Brahing jatuh dalam parit,
Cik Zulnoding terus terjerit-jerit,
Najeb naik Scorpene pusing Mongolia,
Nampak awek cun namanya Altantuya
Mahmahmah mahmahmahmahmahmah
Mamahmamamamah mamamamamamah!

Wednesday, November 7, 2012

preview


Apanya yang bakal menemui anda? sabar yek?

Monday, November 5, 2012

9 bulan perjalanan

kami redah Beijing dengan wang derma rakyat Malaysia dan sahabat untuk An-Nur. Merantau hingga ke sana, berkenalan dengan Wooyoung, doktor akupunktur sehingga dia korbankan tenaga dan masa mengikut kami ke sini dan berbakti kepada An-Nur. Kami ke Singapura mencari kaedah ABR - Auto Biomechanical Rehabilitation ciptaan encik Lionid Blyum dari German. Menggabungkan dua kaedah ini.
Setelah sembilan purnama dan lebih RM100 ribu perbelanjaan, perkembangan menarik tentang An-Nur dapat dianalisis hari ini.



Perjalanan masih jauh, masih banyak lagi perlu dilakukan. Kami suami isteri kena terus tebalkan muka berbuat apa sahaja demi An-Nur. Mencari dana untuknya. Menjual apa sahaja yang ada pada kami. Tiada apa yang penting lagi selain mencukupkan keperluan puteri ini. Ini perjuangan.
Terima kasih kepada anda yang turut sama berjuang. Kami akan terus berjuang dan penyertaan anda dialu-alukan.

Ke guane?

Haji Hadi bakal bertanding di Pekan lawan Najib? Tok Guru Nik Aziz bagi lampu hijau.
Secara peribadi aku suka Ustaz Azhar Idrus lawan Najib. Walaupun aku tak ikuti sangat beliau tapi aku akui pengaruh beliau.
Jika Ustaz Azhar setuju, aku yakin Najib akan menggelupur sebab Najib pada tahun1999 hampir lingkup. Mujur kem Panching tah macamana bangsat bongok boleh termasuk dalam parlimen Pekan.
Ini kali kalau Ustaz Azhar bertanding kita angkut gitar jumpa anak muda Pekan dan kita masuk kempen dalam kem.
Pehhhh! Apa agaknya helah Najib? Ingat 99 dulu bila Madey menggelupur ketika Dr Harun Din nak cabar dia di Kubang Pasu? Ingat apa berlaku sehingga Harun Din tak jadi di sana dan diganti Subky Latif?
Cuba risik-risik kenapa.....
Boleh dak Ustaz Azhar celen Najib?
Ke guane?

Saturday, November 3, 2012

ronasina bebal!

keh! keh! ada jugak pecacai yang bengkek dengan aku, satu je komen aku. ada sesekali eja nama aku salah. bangang betoi!:-

diambil dari sini:- http://ummatanwasatan.net/2012/07/bahalolisme-ronasina-bebalisme-pertahan-persepsi/


Bahalolisme Ronasina, Bebalisme Pertahan Persepsi


Nampaknya Ronasina sekali mencampakkan dirinya dalam situasi dungu dan bebal kerana mempertahankan persepsi tanpa mengambil inisiatif untuk meneliti secara terbuka mengenai apa yang diperkatakannya. Melihat kepada rumusan perbincangan tulisannya yang tersiar dalam MerdekaReview, 12 Julai 2012 jelas membuktikan bahawa beliau bukanlah seseorang yang berfikiran bebas dalam membuat pertimbangan hanya bertaklid membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.
Sebagai penyokong kuat pakatan pembangkang, Ronasina tidak melihat ke dalam dengan lebih bermakna apakah pakatan pembangkang tidak mempunyai kaedah mengindotrinasikan perjuangannya sehingga melihat orang lain semuanya salah. Apakah itu sesuatu yang seimbang atau munasabah kerana memang mudah menjatuhkan kesalahan dan memang sukar untuk melaksanakan kebaikan.
Boleh kita lihat saja bagaimana sikap manusia adalah lebih mudah cenderung untuk ke pusat-pusat hiburan berbanding ke masjid walaupun perbelanjaannya hampir nil berbanding ke aktiviti “clubbing”. Hal inilah yang seharusnya Ronasina patut analisis bagaimana orang lebih mudah percaya kepada Anwar sedangkan keputusan pendakwaan tidak pernah menidakkan bahawa beliau sebenarnya melakukan perbuatan tidak bermoral, cuma kemenangan yang diperolehnya sebanyak dua kali atas masalah teknikal, bukti yang kurang meyakinkan.
Ada perkara yang kita boleh buktikan dengan lengkap, tetapi ada juga perkara yang tidak boleh dibuktikan tetapi dipercayai berlaku. Misalnya, bagaimana Ronasina boleh buktikan bahawa ada orang mati kerana diterjah oleh ilmu hitam kerana buktinya tidak dapat diperoleh. Tetapi, ramai masih percaya mengenai kehebatan santau, gangguan makhluk halus sehingga perubatan alternative itu menjadi sesuatu pilihan yang boleh dilihat diiklankan di mana-mana, termasuk poster di tepi jalan mahupun dalam risalah-risalah tertentu.
Selagi masyarakat tidak diperbetulkan mindanya, selagi itulah setiap kesakitan dikaitkan dengan serangan makhluk halus sebagaimana menjadi sebahagian kepercayaan umum masyarakat zaman sebelum bernama kemodenan. Malangnya, manusia moden yang terlalu terpengaruh dengan idealism demokrasi dan hak kebebasan asasi dambaan barat yang terlalu longgar ikatan moral, manusia telah menuhankannya sehingga segala-galanya atas nama keadilan, kebebasan dan hak asasi.
Rosanina perlu memahami bahawa kenapa Siaful Bakhari sanggup menahan malu dan menebalkan mukanya demi mencari kebenaran. Apakah jika anda mengalami insiden yang sama, anda sanggup berbuat demikian hingga ke peringkat terakhir, selain memohon doa meminta agar Allah SWT menunjukkan kebenaran itu. Walau tewas kerana “bukti kurang meyakinkan”, keputusan awal sudah memberikan keberanian semula kepada pasukan pendakwaan untuk membela hak Siaful dengan mengemukakan rayuan, kerana “peneterasi berlaku.”
Ingatlah, tidak semudah itu untuk Rosanina membuat tuduhan semata-mata untuk menjadi penjilat terhandal dalam kes-kes yang dipaparkan oleh pemimpin utama yang merupakan pelakon paling hebat di pentas politik Malaysia. Adakah anda mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi dan memahaminya luar dalam sehingga sanggup mempertahankan walaupun moralnya berada di tahap terendah oleh kerana tindakannya sendiri.
Persoalannya, adakah Rosanina memahami apa yang Anwar lakukan ketika dipecat oleh Tun Dr Mahathir sedangkan waktu itu beliau tidak bersetuju dengan sebarang tindakan untuk membantu menyelesaikan kemerosotan nilai mata wang. Kenapa Anwar beria-ia sangat untuk memohon dan menerima pakej kewangan yang ditawarkan oleh Michael Camdeasus, yang ketika itu mengetuai International Monetary Fund dan mencadangkan kenaikan faedah dengan tujuan “mengaut keuntungan di atas penderitaan orang ramai” yang sudah tertekan dengan penurunan nilai melebihi 40 peratus.
Pendekatan Tun Dr Mahathir berjaya menyelesaikan kemelut itu dan walaupun peringkat awalnya dilihat sebagai sesuatu yang bersifat autokratik kerana tidak membiarkan pasaran menentukannya, akhirnya pendekatan tersebut diakui. Bagaimana anda melihat krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2007 sehingga menyebabkan kapitalisme berada dalam kancah kehancuran dan akhirnya, perbendaharaan negara itu terpaksa mengakui, perlukan lebih banyak suntikan wang ke dalam industri. Perkara yang sama dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir termasuk menubuhkan beberapa badan untuk membeli non performing loan untuk membolehkan bank-bank terus beroperasi, jika tidak akan mengalami nasib yang sama sebagaimana Lehman Brothers.
Apa yang Anwar lakukan sehingga Tun Dr Mahathir menasihatkan Anwar meletakkan jawatan secara terhormat, tetapi Anwar tetap mahu berlawan. Kenapa? Apakah beliau faham bahawa kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bukanlah haknya yang mutlak, kerana jawatan tersebut adalah perlantikan atas pertimbangan Perdana Menteri. Tidak ada sesiapa yang boleh mendesak atau mengatakan itu haknya, kerana itu adalah prerogative Perdana Menteri.
Jangan kerana ingin mempertahankan benang yang basah dan rapuh daripada putus kerana ketahanannya tidak akan lama. Anwar sudah mengalami “peringkat penurunan” kepercayaan kerana banyak masalah moralnya tidak berjaya ditangani secara berkesan, malah sendiri berusaha menyembunyikannya meskipun semakin ramai rakan-rakan yang kenal dan pernah menjadi pengagumnya sudah tidak mampu lagi bertahan. Itu sudah membuktikan petunjuk yang jelas, dan bukannya sesuatu yang perlu dipertahankan, hanya orang yang dungu dan bahlol sahaja mahu menyembunyikan kelemahan kerana terlalu bersifat ego.
Egolah yang menghancurkan martabat seseorang. Egolah yang akhir akan membakar kehebatan seseorang dan kerana itulah Ronasina harus belajar bagaimana egos Napoleon Bonaparte, seorang wira besar Perancis yang mampu menakluki Mesir akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara kerana egonya. Mungkin juga Rosanina boleh melihat ke dalam diri seorang lagi hero yang terlampau yakin dengan kekuatan yang ada pada dirinya sehingga semua orang lain dianggap lemah dan buruk akhirnya terpaksa merangkak semula dari bawah untuk mendaki bukit, sehingga akhir hayatnya tidak mampu sampai ke kemuncak. Jangan fikirkan alasan, tetapi fikirkan bahawa setiap apa yang kita rancangkan, tidak seratus peratus menjadi kerana Allah SWT yang menentukannya.
Jangan kita terlalu ingin mempertahankan ego dan Anwar merupakan bayangan watak yang berusaha mendaki semula ke puncak gunung, Sisyphus dalam lagenda Yunani. Ingatlah, walaupun hanya tinggal selangkah lagi, ia tidak bermakna langkah terakhir itu tidak akan terjatuh ke dalam parit, dan tentuya, atas ketidaksabaran serta ego yang kuatlah menyebabkan Anwar jatuh. Biarpun mempunyai pelbagai sebab dan natijah, Anwar bukanlah watak terbaik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana sentiasa memutarbelitkan pendirian dan mengkhianati negara dengan melakukan serangan memburuk-burukan negara sendiri apabila berada di luar negara.
Jika Anwar merupakan seorang pemberani dan pejuang sejati, kenapa setiap kali berhadapan dengan kemelut, beliau tidak berada dalam negara. Misalnya, kerana sudah terbayang calon yang disokongnya akan kalah, termasuk rakan dalam pakatan pembangkang, pada malam pengiraan undi terus mengambil penerbangan untuk ke luar negara. Itu bukanlah membuktikan bahawa Anwar hanya rasa bertanggungjawab apabila menang, tetapi apa terbayang kekalahan, beliau akan membina akal yang lain, cari jalan mengelak dan melepaskan penyokong-penyokongnya bersedih seperti anak ayam kehilangan ibu.
Patutkah orang seperti ini dipertahankan dan diangkat menjadi Perdana Menteri? Tentunya, jika berfikir secara matang dan rasional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana sentiment parti politik, tentunya kita tidak boleh menerima. Anwar adalah iconoclast yang sedang meniti zaman gelap dan menunggu kutukan “dewata”, kerana sepanjang karier politiknya selepas 1998 membawa makna yang berlainan dengan apa yang diperjuangkan bersama ABIM dan UMNO. Ingat, sudah ada orang mengsinonimkan ABIM yang ditubuhkannya sebagai pertubuhan Anwar Bin Ibrahim, dan PKR tetap mengambil pendekatan, Pak (Sheikh) atau Parti Kongkalikong Rakyat.
Rakyat dibebankan dengan pendekatan retorik dan “candu pemikiran” bahawa Anwar sahajalah yang terhandal dan mampu menyelesaikan banyak masalah, dari ekonomi dan hubungan dengan Indonesia. Anwar bukanlah manusia ajaib yang mempunyai lampu aladin ataupun tangan mistik seperti “jin dalam botol”, yan boleh melakukan apa sahaja bagi melepaskan dirinya dari “kurungan”. Itulah persepsi yang harus diperbetulkan setelah membaca tulisan Ronasina, yang dikatakan bebas, tapi sebenarnya penjilat yang tidak juga bebas dan matang. Tetap berideologikan bahalol, yakni istilahbahalolisme yang beliau perkenalkan, rasional tulisannya turut mempunyai cirri-ciri bahalol yang didefinisikannya sendiri.
Monosin Sobri

Friday, November 2, 2012

Thursday, November 1, 2012

ustaz badrulamin ditahan lagi


malam tadi aku ke JAIS Shah Alam melihat Dr Badrulamin dan Ustaz Ann Wan Seng (dilepaskan) yang diminta beri keterangan kerana menjadi tetamu jemputan majlis Milad Abuya (hari lahir). Ada makan-makan juga. JAIS kata kesalahan ' melanggar fatwa mufti 1995' yang telah mengharamkan Al Arqam.
kih kih!
makan kenduri pun salah gara-gara report seorang 'ustat kenyang'